Program Sukan Untuk Semua: Klinik Wushu 2021 telah berlangsung secara maya dengan kerjasama Persekutuan Persatuan-Persatuan Wushu, Tarian Singa dan Naga Negeri Pulau Pinang.

Klinik Wushu Maya 2021 telah berjaya menarik penyertaan seramai 331 orang peserta dan program ini juga merupakan kali pertama klinik wushu dijalankan secara maya dalam pergerakan sukan Wushu. 

Sukan Wushu merupakan salah satu sukan tumpuan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang di Sukan Malaysia (SUKMA). Dalam Sukan Malaysia, sukan Wushu dikategori kepada Wushu Taolu dan Wushu Sanda.

Negeri Pulau Pinang telah melahirkan banyak atlet Wushu yang merupakan atlet wakil Malaysia seperti Ho Ro Bin, Chuah Shang Yang, Angie Cheah dan sebagainya.

Dalam klinik maya hari ini, 6 orang jurulatih disediakan dan mengendalikan pengenalan sukan asas untuk Wushu Taolu dan Wushu Sanda kepada semua peserta.

Kerajaan Negeri yakin melalui program hari ini dapat memupuk minat anda semua terhadap Sukan Wushu.

Tarikh: 11 September 2021

Tempat: Secara Maya