Prakata Sukan Untuk Semua
“SUKAN UNTUK SEMUA” (Sports For All) merupakan idea dan inisiatif baru yang dimulakan oleh MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan YB. Soon Lip Chee. Ia bertujuan untuk memupuk satu habit kehidupan yang aktif dan sihat di masyarakat rakyat negeri Pulau Pinang.
“SUKAN UNTUK SEMUA” juga bermotif untuk menarik perhatian individu dan masyarakat berpeluang mencuba sukan tersebut dan juga menikmati kegembiraan bersukan tidak kira umur, bangsa dan kewarganegaraan. Kami percaya program idea ini akan membawa satu impak yang positif dan sihat kepada semua warga negeri Pulau Pinang.
Dalam program ‘Sukan Untuk Semua’, setiap bulan akan mengadakan satu tema sukan. Dengan tema sukan tersebut, kerajaan membekalkan satu platform kepada rakyat dan juga menggalakkan rakyat Pulau Pinang menjalankan aktiviti sukan berkenaan.
Dengan satu bulan satu tema sukan, kami berhasrat untuk mempromosikan sukan tertentu serta membangun dan memperkembangkan pergerakan sukan di negeri Pulau Pinang. Untuk maklumam Tuan, terdapat 48 persatuan sukan yang berdaftar dibawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Dengan 1 tahun 12 tema sukan, MMK Belia dan Sukan dapat mempromosikan semua sukan di Pulau Pinang dalam satu jangka masa yang dirancangkan.