Apakah itu Tenis?

Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola.

Sukan ini dimainkan di sebuah gelanggang yang dibahahikan kepada dua oleh sebuah jaring. Satu permainan Tenis mempunyai maksimum lima set dimana pemenang perlu memenangi tiga set permainan tersebut. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set dipilih sebagai pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set, yang pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu daripada lawannya ialah pemenang.