
Kenyataan Media EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, YB Soon Lip Chee Pada 8 Mac 2023
RK South Asia Sdn. Bhd. menaja lima (5) buah basikal kepada Persatuan Berbasikal Negeri Pulau Pinang untuk latihan atlet-atlet negeri bagi persiapan Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan datang.
EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, YB Soon Lip Chee berasa syukur dan menghargai sokongan yang telah diberikan oleh pihak RK South Asia Sdn. Bhd. Untuk membangunkan dan memajukan mutu sukan negeri bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Beliau bertambah, pembangunan sektor sukan memerlukan peruntukan yang tinggi. Sehubungan dengan itu, pihak Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan bantuan dan sokongan daripada mana-mana pihak seperti pihak swasta untuk meningkatkan lagi mutu sukan negeri.
“Sempena SUKMA XX yang berlangsung pada tahun lepas, atlet negeri Pulau Pinang Nurul Aliana Syafika berjaya memenangi sebanyak tiga (3) pingat perak dalam acara Women’s Sprint, Women’s Time Trial 500m dan Keirin (Wanita). Malah, pencapaian ini diraih setelah 16 tahun sejak atlet basikal dari negeri Pulau Pinang berjaya memenangi pingat dalam SUKMA. Oleh itu, saya yakin dengan adanya sumbangan dan sokongan daripada pihak RK South Asia Sdn. Bhd., atlet-atlet sukan dari Pulau Pinang akan memanfaatkan peralatan berkenaan bagi memenangi lebih banyak pingat dan membawa kegemilangan untuk negeri Pulau Pinang.
Di samping itu, beliau turut memberi kata-kata semangat kepada atlet-atlet yang menghadiri majlis hari itu dan memberi motivasi kepada mereka untuk mencapai keputusan yang lebih baik pada masa yang akan datang.
Pengarah Urusan RK South Asia Sdn. Bhd., Dato Lee Thian Chai memperkenalkan bahawa 5 basikal yang ditaja oleh syarikat tersebut adalah model Battle SURMO-CO yang ringan, malah ketangkasan basikal ini adalah tinggi, dan bersesuaian untuk digunakan dalam mana-mana pertandingan dan ia turut memenuhi piawaian basikal Eropah.
“RK South Asia Sdn. Bhd. telah menyokong pembangunan sukan di negara kita melalui pelbagai aktiviti berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR). Sebagai contohnya, dengan menyediakan penajaan peralatan sukan, kami turut dapat mengumpul maklumat dan pandangan atlet-atlet mengenai penggunaan peralatan sukan tersebut. Maklumat ini kemudiannya boleh dianalisis dan dikaji untuk meningkatkan lagi mutu peralatan dan kelengkapan sukan baharu yang boleh menyumbang kepada pembangunan sukan tempatan dan memacu pertumbuhan ekonomi negara.”
Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Tuan Harry Chai Heng Hua berkata persatuan sukan negeri sentiasa menghadapi masalah kekurangan peralatan sukan atau yang telah usang.
“Walaupun Kerajaan Negeri dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang memberikan pembiayaan setiap tahun untuk menggantikan peralatan sukan yang usang, namun masih terdapatnya sesetengah peralatan sukan yang perlu digantikan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap kualiti peralatan sukan seiring dengan kemajuan teknologi terkini.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah isteri kepada Pengarah Urusan RK South Asia Sdn. Bhd., Datin Lee Tung Su Mei dan Setiausaha Kehormat Persatuan Setiausaha Berbasikal Negeri Pulau Pinang, Tuan Munir Mohamed bin Ismail.
槟州青年及体育行政议员孙意志于2023年3月8日发表之新闻稿
RK南亚有限公司赞助槟城脚车协会5辆脚车,供槟州运动员训练,以全力备战来届马运会。
槟州青年及体育委员会主席孙意志为此感谢RK南亚有限公司在推动槟州运动发展方面,积极提供运动员在设备上支援和协助。
他说,运动发展是需要庞大的费用,我们非常乐于看到企业愿意出一份力,与州政府携手提高槟城运动领域水平。
“在去年所举行的第20届马运会脚车项目中,槟州选手努鲁阿莉雅娜成功在场地自行车从此赛、个人500米计时赛,和麒麟赛三项项目中皆取得银牌。这也距离上一次槟州自行车选手在马运会中取得奖牌已有16年之久,因此,我相信,槟州运动员拥有了这些新的设备后,将会是如虎添翼,能为槟州争取更多的奖牌和荣耀。”
此外,他在移交仪式上也向当天出席的运动员给予鼓励的话语,激励他们取得更好的成绩。
RK南亚有限公司董事经理拿督李添财介绍,该公司所赞助的5辆脚车是属于自身重量轻巧、性能强劲敏捷的 Battle SURMO-CO 型号的脚车,适合用于任何公路脚车赛,且符合欧洲脚车规格。
“RK南亚有限公司一路以来都以不同的企业社会责任 (CSR)方式支持我国体坛发展。其实,通过赞助设备的方式,我们也可收集有关运动员使用行为的资料和意见,进而分析和研究,并开发新设备和装备,不仅能贡献于当地的体育运动发展,也能促进国家的经济。”
槟城体育理事会主任蔡兴华表示,槟州运动协会一直都存在着器材不足或已残旧的难题,然而,即便州政府和槟城体育理事会每年都有拨款更换新的器材,但有些器材需要持续更换,以跟上科技的脚步。
这项移交仪式于上周六在槟城体育理事会举行,出席者包括RK南亚有限公司董事经理拿督李添财夫人拿汀李童素梅以及槟城脚车协会荣誉秘书 Tuan Munir Mohamed bin Ismail。
Senarai Liputan Media
- Buletin Mutiara – Persatuan Berbasikal Negeri terima tajaan lima unit basikal lumba Battle Surmo-Co
- 珍珠快讯 – RK南亚有限公司赞助5脚车 孙意志: 供州选手备战马运会
- 星洲 – 槟城脚车协会备战马运会 RK赞助5脚车
- 光华 – RK南亚公司赞助脚车 供槟运动员备战马运会
- 光明 – 供槟运动员备战马运 RK南亚赞助5脚车