Sukan Untuk Semua | Pejabat EXCO Belia Dan Sukan Pulau Pinang Sukan Untuk Semua | Pejabat EXCO Belia Dan Sukan Pulau Pinang

IPOH – Pasukan badminton lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) Pulau Pinang mudah mengenepikan cabaran Wilayah Persekutuan 3-0 untuk memastikan pingat emas ke-10 petang tadi.

Aksi  bermula agak sengit apabila perseorangan pertama Pulau Pinang, Yeoh Seng Zoe kejar mengejar mata dengan lawannya sebelum beliau menang rubber set 21-18, 17-21 dan 22-20

Cabaran perseorangan kedua dan ketiga  yang dipikul oleh Tan Jia Wei dan Cheam June Wei mudah membenam lawan masing-masing  dengan straight set dalam memastikan 3-0 dekat Stadium Indera Mulia hari ini.

Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee; Timbalan Chef De Mission, Ceah Ban Cheng dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) Frederick Tan Teck An turut berangkat menyaksikan perlawanan tersebut.

Bagi Ketua Jurulatih, Razlan Rajan Abdullah katanya, Pulau Pinang memenangi pingat emas pada waktu yang tepat memandangkan tahun ini beliau memiliki pasukan yang dianggap kuat.

“Kali terakhir kita menang (berpasukan badminton lelaki) adalah pada tahun 2000 ketika Datuk Lee Chong Wei masih dalam pasukan.

“Dari segi keyakinan apabila perseorangan pertama kita menang itu adalah semangat dan saya memang yakin perseorangan kedua dan ketiga akan mengatasi lawan dan membawa emas kepada badminton,” ujar beliau yang sudah menceburi bidang kejurulatihan kira-kira 13 tahun.

Sementara itu, sukan judo menambah dua lagi kilauan emas hari ini melalui 

 Amir Daniel Abdul Majeed dan Lim Yi Zheng, kategori kata lelaki.

Tan Kei Yi dan Siti Nur Aisyah Che Adzmi dalam kategori sama turut mengikut jejak Amir dan Yi Zheng memenangi emas untuk wanita.

Sehingga jam 9 malam, Pulau Pinang berada di tangga kedua dengan 10 emas, enam perak dan lima gangsa di belakang Terengganu dan cuma dipisahkan oleh dua perak.

Source: Buletin Mutiara

https://www.buletinmutiara.com/sukma-badminton-berpasukan-lelaki-gapai-pingat-kesepuluh-untuk-kontinjen-pulau-pinang-judo-tambah-emas/?fbclid=IwAR1NaDEa98c0Sx1muoZHXJI1Y4b4dG-pmCcY7uo7YeenMSxCFCG4jNAHVbg