SUKAN ‘TRYOUT’ atau Ujibakat Atlet merupakan satu insiatif di peringkat akar umbi yang menggabungkan pencarian dan pembangunan atlet yang bertujuan dalam membentuk bakat serta muka-muka baru dari golongan usia bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan 18 tahun kebawah untuk diserap ke sukan-sukan yang bersesuaian.

Objektif program ini adalah untuk memastikan program pembangunan & binaan atlet-atlet dari kalangan anak-anak muda peringkat akar umbi, peringkat pelapis dan penyerlahan bakat-bakat baru dalam sukan di Pulau Pinang (“Foundation Building”) ini diramaikan bilangannya.

Kerajaan Negeri berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pelapis muda dalam pelbagai jenis sukan yang dibawakan di peringkat negeri. Oleh itu, adalah diharapkan atlet-atlet muda dapat mengambil peluang ini untuk mendaftarkan niat mereka dan diharapkan agar mereka dapat mengilap bakat yang ada dan menyerlahkan potensi masing-masing untuk berjuang di arena sukan mewakili negeri Pulau Pinang di masa hadapan.

Anak-anak muda yang berpotensi dalam bidang sukan boleh mendaftar niat mereka melalui Google Form dan akan dihubungi oleh pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk dipanggil bagi menjalani sessi ujian UjiBakat.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi MSNPP atas talian 04-6593713, 04-6593714 atau [email protected].