Sukan Untuk Semua | Pejabat EXCO Belia Dan Sukan Pulau Pinang Sukan Untuk Semua | Pejabat EXCO Belia Dan Sukan Pulau Pinang
Sukan Untuk Semua | Pejabat EXCO Belia Dan Sukan Pulau Pinang Sukan Untuk Semua | Pejabat EXCO Belia Dan Sukan Pulau Pinang

BERTAM – Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee percaya bahawa penganjuran acara sukan elektronik mampu memupuk keharmonian antara kaum di negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan acara Sukan Untuk Semua: eSukan dekat Pasaraya Sunshine, di sini pada 29 Februari lalu.

“Kaum tidak penting, asalkan pemain-pemain mempunyai minat dan hobi yang sama dan dari situ sudah tentu akan dapat mencapai kesepakatan.

“Sukan elektronik (eSport) juga mampu mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal.

Mengulas lanjut, Lip Chee menjelaskan bahawa walaupun eSukan masih lagi baru di tanah air ini, namun, acara tersebut dipertandingan dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor.

“Sukan elektronik akan dipertandingkan dalam acara SUKMA dekat Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang dari 8 hingga 10 Julai (2020) antaranya, adalah DOTA 2, PES2020 dan Mobile Legend.

“Setakat ini, 23 atlet telah disenaraikan sebagai skuad sukan elektronik mewakili Pulau Pinang, iaitu 10 atlet (DOTA 2), 10 atlet (Mobile Legend) dan 3 atlet (PES2020),” jelasnya lagi.

Tambah beliau lagi, seramai 19 atlet akan disenarai pendek daripada skuad negeri untuk mewakili Pulau Pinang dalam memburu kejuaraan dalam acara-acara tersebut.

“Saya juga berharap agar atlet-atlet ini dapat menghadiahkan pingat emas dalam acara yang bakal berlangsung sempena SUKMA tahun ini,” jelasnya.

Source: Buletin Mutiara

https://www.buletinmutiara.com/sukan-elektronik-mampu-pupuk-semangat-harmoni-antara-kaum/?fbclid=IwAR2QA1lu9VZ1VadOT2Tq2wtgHh-CibA5d9URaBiiFsnE37EndV4FKSLYmdc