Program Sukan Untuk Semua: Klinik Silat Tua yang telah diadakan secara fizikal dan secara maya telah  berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan yang amat memberangsangkan iaitu seramai 120 orang peserta terdiri daripada 20 peserta secara fizikal dan 100 peserta secara maya.

Program ini merupakan satu usaha kerjasama antara Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan Persatuan Seni Silat Tua Melayu Pulau Pinang dalam usaha dan iltizam untuk melestarikan seni, budaya dan warisan wilayah nusantara terutamanya seni mempertahankan diri serta memberi peluang kepada masyarakat negeri Pulau Pinang untuk mencuba sukan ini.

Para peserta diberi pendedahan tentang seni dan kemahiran mempertahankan diri antaranya Kuntau, Sendeng, Gayong, Embo, Boh Keat, Silat Seni dan juga Silat Metafizik.

Seramai enam orang jurulatih atau fasilitator yang berpengalaman luas di dalam seni Silat Tua ini telah mengendalikan Klinik Silat Tua Secara Hibrid 2021.

Semoga ilmu yang diberi dapat dimanfaatkan oleh para peserta agar warisan ketuanan melayu ini tidak hilang ditelan zaman.

Tarikh: 2 Oktober 2021

Tempat: The TOP Komtar