Dalam Program Sukan Untuk Semua: Klinik Silambam ini, peserta diberi pendedahan berkaitan teknik memegang kayu, memukul, latihan footstep dan teknik-teknik yang diperlukan dalam memahirkan sukan Silambam. Sesi klinik ini telah dikendalikan oleh Encik Raveendran a/l Poongavanam, seorang jurulatih yang berpengalaman dan bertauliah dalam bidang sukan Silambam. 

Sukan silambam, seni mempertahankan diri tradisi pertempuran tongkat yang popular dalam kalangan masyarakat India di negara ini.

Silambam dipercayai berasal dari Bukit Kurinji masa kini Kerala, 5,000 tahun dahulu, di mana penduduk tempatan menggunakan tongkat buluh atau rotan bagi mempertahankan diri mereka dari haiwan buas. 

Tongkat atau kayu yang dikenali sebagai Chilambamboo merupakan senjata bagi mempertahankan diri mereka daripada haiwan buas, dan juga bagi menunjukkan kemahiran mereka semasa perayaan keugamaan.

Sarjana Hindu dan ahli yogi yang pergi ke pergunungan Kurinji bagi bertafakur tertarik dengan pertunjukkan kemahiran tinggi memutar Chilambamboo.

Kemudiannya, Silambam telah diwujudkan sebagai salah satu seni mempertahankan diri tradisi dikalangan orang India sejak turun kemurun dan pada zaman kini, Silambam dikenali sebagai salah satu sukan tradisional kaum etnik India.

Tarikh: 9 Oktober 2021

Tempat: Kompleks Sukan dan Rekreasi Sony, Seberang Jaya