Program Sukan Untuk Semua: Klinik Sepak Takraw buat julung kali diadakan secara fizikal pada tahun 2021 dan didaftarkan sebanyak 50 orang penyertaan.
Klinik ini berlangsung di Gelanggang Sepak Takraw Kompleks Sukan Dan Rekreasi Sony, Seberang Jaya, yang baru dinaiktaraf oleh Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang.
Dalam klinik ini, semua peserta diberi pendedahan berkaitan kemahiran-kemahiran asas bermain sepak takraw yang disampaikan semasa sesi maya yang telah berlangsung pada 16 Oktober 2021 yang lalu.
Kemahiran-kemahiran tersebut seperti menimbang bola dengan kepala, teknik-teknik menyerang, strategi bermain dan lain-lain. Semua latihan telah dikendali oleh beberapa jurulatih-jurulatih sepak takraw yang berpengalaman dan pernah membawa pasukan sepak takraw ke peringkat antarabangsa.
Tarikh: 16 Oktober 2021
Lokasi: Kompleks Sukan dan Rekreasi Sony, Seberang Jaya