Sukan Untuk Semua | Pejabat EXCO Belia Dan Sukan Pulau Pinang Sukan Untuk Semua | Pejabat EXCO Belia Dan Sukan Pulau Pinang

Program Sukan Untuk Semua: Scuba & Free Diving Discovery 2021 anjuran Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama VGO Dive Centre.

SCUBA Diving merupakan satu sukan rekreasi yang kian popular di negara kita. SCUBA membawa maksud Self Contained Underwater Breathing Apparatus, iaitu Alatan Bernafas Kendiri Di Dalam Air.

Di Malaysia, kita mempunyai beberapa tempat menyelam yang menarik seperti Pulau Tioman, Pulau Perhentian, Semporna Sabah dan lain-lain. Sebelum kita dapat menyelam di tempat-tempat yang menarik, hari inilah merupakan langkah pertama untuk anda semua mengalami aktiviti menyelam di dalam kolam renang dahulu.

Tarikh: 6 November 2021 & 7 November 2021

Tempat: Kolam Renang MBSP Pangsapuri Ria, Butterworth & Kompleks Sukan dan Rekreasi MBPP, Relau