Platform REVIVAL IN SPORTS EXCELLENCE (RISE), iaitu satu platform pendaftaran secara atas talian untuk mengumpul maklumat dan data berhubung dengan semua penggiat sukan swasta dan persendirian, supaya mewujudkan jalinan kerjasama antara agensi sukan kerajaan bersama dengan agensi pihak swasta dan persendirian bagi mengembalikan kegemilangan sukan negeri era pasca Covid-19.

Platform ini adalah untuk mempelawa semua para penggiat sukan swasta dan persendirian yang terdiri dari Jurulatih Sukan Orang Perseorangan, Instruktor, Akademi Sukan, Kelab Sukan, Operator Perniagaan Sukan, pemegang taruh sukan yang menawarkan program latihan sukan dibawah kendalian masing-masing untuk mendaftar rekod butiran mereka melalui laman web Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang atau Google Form.

Di samping itu, sekiranya juga terdapat calon-calon anak muda yang mendaftar niat mereka di platform Sukan ‘TryOut’ yang berminat untuk mengikut program latihan persendirian, MSNPP akan uar-uarkan butiran pendaftaran yang ada kepada jurulatih dan instruktur sukan yang bersesuaian kelak.

Kerjasama dan jaringan bersama semua penggiat sukan negeri untuk bersama menggerakkan program latihan sukan secara bersepadu amat diharapkan untuk kita terus melakar arus mengubah IMPIAN kepada REALITI!