Apakah itu Pétanque?
Pétanque merupakan sejenis sukan yang dimainkan di tempat yang lapang menggunakan boule yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Boule akan dibaling mengikut cara-caranya untuk menghampiri jack yang merupa sebiji bola kayu, saiznya lebih besar daripada guli bagi membolehkan pemain mendapat mata permainan. Objektif permainan pétanque adalah untuk menguasai kedudukan dengan meletakkan boule milik pasukan sendiri terdekat dengan sasarannya iaitu jack. Pertandingan ini adalah rebutan antara dua pasukan bagi menguasai kedudukan tersebut. Oleh sebab sukan pétanque mudah dikuasai dan senang dimain, ini menyebabkan permainan ini menjadi kesukaan ramai dan lebih popular setakat hari ini.