Perutusan EXCO Belia dan Sukan Pulau Pinang​

YB Soon Lip Chee

Salam sejahtera dan Salam Sukan Untuk Semua, Mulai 2019, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Belia dan Sukan telah menzahirkan inisiatif “Sukan Untuk Semua” untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam kegiatan sukan serta menggalakkan program binaan terhadap sukan yang kurang mendapat perhatian umum.

Pendekatan yang akan dilaksanakan pada peringkat awalan adalah dengan mewujudkan klinik-klinik pengenalan sukan sebagai pendorong kepada pembanguan sukan negeri.

Klinik pengenalan sukan ini akan berpaksikan kepada inisiatif untuk mewujudkan platform bagi mendorong penglibatan golongan muda serta penggiat sukan untuk mendekatkan diri dengan sukan-sukan yang ditonjolkan. Individu yang ingin memahami sukan berkenaan, adalah dipelawa untuk menghadirkan diri ke klinik- klinik yang dianjurkan hasil usahasama diantara Kerajaan Negeri bersama Persatuan Sukan Negeri di Pulau Pinang.

Dari klinik-klinik berkenaan, peserta dapat mempelajari asas-asas sukan tersebut dan meneruskan latihan sekiranya mereka berminat untuk terus menjadikan sukan ini sebagai antara pencetus ke arah langkah pertama menjadi atlet negeri dan negara kelak.

Dengan inisiatif ini, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan akan meningkat, kualiti atlet akan terjamin dan prestasi sukan di Pulau Pinang akan terus mara ke arah yang lebih cemerlang. Sukan Untuk Semua.​

Sukan Untuk Semua | Pejabat EXCO Belia Dan Sukan Pulau Pinang Sukan Untuk Semua | Pejabat EXCO Belia Dan Sukan Pulau Pinang