Selaras dengan wacana dalam visi Penang2030 untuk terus memperkasa Peranan dan Bakat Modal Insan khususnya dalam budaya bersukan, Jawatankuasa MMK Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah berusaha untuk merancang serta melaksanakan beberapa siri penganjuran Klinik-Klinik Pengenalan Sukan yang bakal dilangsungkan pada bulan September, Oktober, November dan Disember 2021 (*bergantung kepada situasi terkini pandemik Covid-19 dan arahan terhadap pematuhan SOP dari MKN/KKM/KBS yang dikeluarkan dari semasa ke semasa).

Pendaftaran kini adalah terbuka kepada mereka yang berminat untuk menyertai Klinik untuk sukan-sukan berikut:-

  1. Klinik Silat Tua 马来武术培训坊 https://forms.gle/sJQMXQEFcgS1wqME7
  2. Klinik Wushu 中华武术培训坊 https://forms.gle/Bdsm2Ksb6QBPwWS2A
  3. Klinik Silambam 印度棍术培训坊 https://forms.gle/w6PP32mR64GQ9ber7
  4. Klinik Bola Sepak 足球培训坊 https://forms.gle/VHX2d6fyoT5zdFVb7
  5. Klinik Kabaddi 卡巴迪培训坊 https://forms.gle/2PwktnYDCKFaczAo9
  6. Klinik Bola Jaring 英式篮球培训坊 https://forms.gle/mpv2zbW2yhnSmKSm6
  7. Klinik Scuba Diving & Free Diving Discovery 水肺潜水和自由潜水培训坊 https://forms.gle/aBrUxfYFm2abVi4F8
  8. Klinik Sepak Takraw 藤球培训坊 https://forms.gle/jAZwKkJ3aNcgDwNU9
  9. Klinik Olahraga 田径培训坊 https://forms.gle/nViPBTaEnG4dKjRJ8
  10. Klinik Hoki 曲棍球培训坊 https://forms.gle/tMSgHc4KCbvxF4Sm9
  11. Klinik Kanu 独木舟培训坊 https://forms.gle/ZdfCrzhwX2UnmruU7
  12. Klinik Floorball 福乐球培训坊 https://forms.gle/ETtEcJwRSFa1smso7
  13. Klinik Tenpin Boling 保龄球培训坊 https://forms.gle/pgPM1FSj9FJqUtbp9
  14. Klinik Gimnastik Artistik 体操培训坊 https://forms.gle/nNpeGj5RC5xrAZP16
  15. Klinik Kriket 板球培训坊 https://forms.gle/q4HxBJb7P3U7XWE98
  16. Klinik Mendaki 攀岩培训坊 https://forms.gle/icRy4Zu8aWzJZzzw8

Bilangan peserta yang diterima adalah sebanyak 150 orang untuk setiap satu klinik sukan yang dianjurkan, namun bilangan akhirnya adalah tertakluk kepada SOP yang diumumkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) / Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) / Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Peserta yang berminat boleh mendaftar melalui laman web Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk mengikuti program yang dianjurkan.

Sebarang sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Sports For All, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang di talian 04-6593713/14/15 atau menghantar pertanyaan melalui emel di [email protected] untuk maklumat lanjut.