Sekitar kemeriahan ‘Olympic Day Bendang Fun Walk’ bagi meraikan Hari Olimpik Sedunia pada 23 Jun 2022 yang telah berlangsung dengan gemilang pagi tadi di Kompleks Sukan Balik Pulau.

Tarikh 23 Jun, merupakan hari sebenar di mana ‘Olympic Day’ disambut & diraikan di seluruh dunia. Negeri Pulau Pinang tidak terkecuali dalam menyambut dan memeriahkan lagi hari yang penuh bersejarah ini.

Kemeriahan ini turut disambut dengan kehadiran Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, dan YB Soon Lip Chee, Exco Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.

Larian santai sepanjang 6 km di sekitar kawasan Balik Pulau berjalan dengan baik dengan penyertaan peserta yang dari awal pagi lagi sudah menbanjiri perkarangan Kompleks Sukan Balik Pulau.

Turut memeriahkan Hari Olimpik Sedunia ,Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Penang Community Olympic Carnival mengadakan ‘Klinik Sukan’ kepada para pelajar sekolah dalam mempelajari teknik asas dan menarik minat pelajar dalam mengembangkan potensi sukan.

Tahniah dan terima kasih atas kehadiran peserta yang hadir meluangkan masa untuk sambutan pagi ini dengan melakukan aktiviti yang sihat dan berfaedah bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Facebook: Penang State Sports Council