Olympic Day Fun Run atau Karnival Olimpik Komuniti Pulau Pinang 2022 yang telah berlangsung pada 19 Jun 2022 (Ahad) mendapat sambutan yang cukup meriah dengan kehadiran peserta dari dalam negeri mahupun luar negeri membanjiri perkarangan Dataran Pemuda Merdeka, Butterworth.

Karnival ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Lim Guan Eng, ahli parlimen Bagan, YB Soon Lip Chee, ADUN Bagan Jermal merangkap Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang, YB Satees a/l Muniandy, ADUN Bagan Dalam, dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang Tuan Harry Chai Heng Hua.

Terima kasih atas kehadiran peserta yang sudi meluangkan masa di hujung minggu ini dengan melakukan aktiviti yang sihat dan berfaedah bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Karnival ini dilihat mampu menarik ramai peserta dan pengunjung yang menginginkan gaya hidup sihat dan peserta juga berharap agar karnival ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa.Tahniah sekali lagi diucapkan kepada kesemua peserta dan badan-badan yang terlibat untuk penganjuran kali ini dalam memeriahkan Karnival Olimpik Day Fun Run pada pagi ini.

Sumber: Penang State Sports Council