Program Sukan Untuk Semua: Klinik Tenpin Boling 2021 telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Disember 2021 di Megamall, Perai.
Klinik ini telah berjaya menarik pendaftaran seramai 102 penyertaan yang berumur 18 tahun dan ke bawah.
Terima kasih kepada Persatuan Tenpin Bowling Pulau Pinang atas kerjasama menyediakan barisan jurulatih yang berpengalaman untuk memberi bimbingan kepada semua peserta.
Pihak majlis berharap program pembangunan dapat diteruskan pada masa yang akan datang dan mencungkil lebih banyak atlet-atlet sukan Tenpin Boling.
Tarikh: 5 Disember 2021
Tempat: Megamall, Perai