Anda ingin mengetahui Sukan Hoki?
Adakah anda pernah bermain Sukan Hoki?
Pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang mengambil kesempatan untuk bersama-sama pada penghujung tahun ini untuk menganjurkan Program Sukan Untuk Semua : Klinik Hoki 2021 anjuran Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Psha Hockey & Penang State Hockey Association.
Penganjuran klinik ini adalah PERCUMA penyertaannya dan terbuka kepada peserta berumur 10 tahun dan ke bawah.
Klinik Hoki ini akan dijalankan kepada 2 sesi dalam masa satu (1) hari iaitu :-
Sesi Pagi – 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Sesi Petang – 4.00 petang hingga 7.00 petang
Sila klik pautan SINI untuk pendaftaran penyertaan. Penyertaan terhad untuk 100 orang terawal sahaja mengikut kriteria.
Jom daftar sekarang sebelum penyertaan penuh.