Apakah itu Karate?

Sukan Karate merupakan salah satu seni bela dari timur. Pada umumnya, karate lebih digambarkan dengan gerakan serangan dan belaan kaki dan tangan secara menyeluruh. Konsep yang diamalkan adalah berdasarkan kepada kefahaman umum adalah serangan-serangan lurus dan mendatar. Karate adalah satu seni yang ringkas dan lebih berpandukan kepada konsep ‘tinju’ teratur. Karate di dalam penggunaan perang telah dipraktikan digunakan secara meluas melalui para samurai (pahlawan diraja) yang mana ia lebih menetapkan kepada variasi mengenalpasti pergerakan musuh, dan bertindak berdasarkan kepada reflex tindakan yang telah dilantih bertahun-tahun lamanya. Selepas itu, karate mulanya dijadikan salah satu sukan kombat yang kian popular di mata dunia.