Program Sukan Untuk Semua: Klinik Sukan Kabaddi telah berlangsung dengan jayanya pada 27 November 2021 di Gelanggang Kabaddi Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan daripada Persatuan Kabaddi Pulau Pinang yang telah menyediakan kandungan modul yang menarik pada sesi ini.

Sukan Kabaddi merupakan permainan tradisional kaum India dan juga adalah salah satu sukan seni mempertahankan diri. Melalui klinik ini, berharap agar dapat memperkembangkan sukan tradisional dalam kalangan remaja serta memupuk minat peserta-peserta terhadap sukan tradisional dan mencungkil bakat mereka.

Tarikh: 27 November 2021

Lokasi: Gelanggang Kabaddi, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang