
Program Sukan Untuk Semua: Klinik Floorball for All 2021 telah berlangsung dengan jayanya di Arena Sukan Azman Hashim, USM pada 20 November 2021.
Tujuan klinik ini dianjurkan adalah untuk menggalakkan amalan bersukan dan memperkenalkan sukan Floorball kepada semua peserta yang terdiri daripada guru-guru dan golongan muda yang berusia 18 tahun kebawah.Sukan Floorball di Pulau Pinang telah berkembang dengan pesat semenjak pengenalan sukan ini dengan penyertaan daripada pelajar sekolah serta golongan muda yang tertarik dengan corak permainan yang pantas
Pasukan Floorball Pulau Pinang juga menunjukkan prestasi yang baik dengan menjuarai kejohanan Floorball Merdeka Cup selama 7 tahun berturut-turut bagi pasukan lelaki dan 3 tahun berturut-turut bagi pasukan wanita.
Semoga melalui klinik sukan Floorball ini, lebih ramai yang berminat untuk menyertai sukan ini sekaligus dapat menjadi pelapis untuk mewakili pulau Pinang pada masa akan datang supaya dapat meneruskan legasi sukan Floorball.
Jika mana pihak yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Sukan Floorball, boleh hubungi Penang Floorball Association – PFA.
Tarikh: 20 November 2021
Lokasi: Arena Sukan Azman Hashim, USM