Program Sukan Untuk Semua: Klinik Bola Sepak anjuran Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bersama Penang Football Club buat pertama kali dianjurkan dengan jayanya selepas Perintah Kawalan Pergerakan pada 24 Oktober 2021 di Kompleks Sukan dan Rekreasi Sony, Seberang Jaya dengan sejumlah 50 orang penyertaan.

Dalam klinik ini, peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil untuk menjalankan aktiviti di lima (5) stesen dan setiap stesen dikendalikan oleh jurulatih Penang FC yang berpengalaman.

Kemahiran-kemahiran asas seperti membuat hantaran bola, kemahiran menjaring gol, dribble, menjaga gol dan kemahiran lain. 

Selain itu, program ini telah menjemput 6 orang pemain professional Penang FC untuk berinteraksi dengan semua peserta, iaitu Samuel Somerville, Bryan See, Sheriddin Boboev, Latiff Suhaimi, Ameer Azahar dan Azmeer Aris.

Tarikh: 24 Oktober 2021

Lokasi: Kompleks Sukan dan Rekreasi Sony, Seberang Jaya