Apakah itu Bola Keranjang?

Permainan bola keranjang dicipta oleh seorang jurulatih Pendidikan jasmani bernama Dr. James Naismith pada tahun 1891 dan mula dimainkan di bandar Springfield, Massachusettes, Amerika Syarikat. Bakul atau gol ini asalnya merupakan bakul buah-buahan yang dipasang pada ketinggian lebih kurang 3 meter. Pada tahun 1906 gelung besi pula digunakan. Ini diikuti dengan penggunaan papan di belakang keranjang bagi menampan lantunan bola. Bola keranjang diterima sebagai salah satu acara sukan di dalam Sukan Olimpik pada tahun 1936. Pasukan Amerika Syarikat menjuarai acara ini pada setiap Sukan Olimpik kecuali pada tahun 1972. Permainan ini diperkenalkan di negara kita pada tahun 1929 oleh orang British.