Kuiz Sukan Olimpik telah berlangsung mulai 14 hingga 20 Julai 2021 sempurna penganjuran Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 di negeri Jepun. Kuiz Sukan Olimpik bertujuan untuk mendedahkan dan mencipta kesedaran semangat Olimpik kepada komuniti masyarakat di negeri Pulau Pinang. Selain itu, kuzi tersebut juga bermotif untuk memberikan sokongan kepada para atlet Kontingen negara Malaysia terutama atlet negeri Pulau Pinang iaitu atlet Sukan Badminton Encik Chan Peng Soon dan atlet Gimnastik Artistik Encik Jeremiah Loo Phay Xing.
Kuiz Sukan Olimpik telah menarik penyertaan dari seluruh negara Malaysia dengan sejumlah 6223 penyertaan. Dari 6223 penyertaan tersebut, terdapat 1163 peserta layak ke Sesi Cabutan Bertuah dengan menjawab semua 5 soalan dengan tepat yang telah berlangsung secara maya pada jam 9.00 malam, 22 Julai 2021 di laman Facebook Sports For All Penang.
Terdapat 123 hadiah bernilai RM 20,000.00 ditawarkan dan 1 hadiah lagi yang istimewa kepada pemenang pencipta slogan penyemangat terbaik. Pemenang Hadiah Utama untuk Cabutan Bertuah adalah seorang individu yang bernama Encik Suhaimi bin Hassan dari negeri Melaka manakala Pemenang Pencipta Slogan Penyemangat Terbaik adalah Puan Sakthi Devi A/P G.Kothandapany dari negeri Kuala Lumpur.
Sesi Cabutan Bertuah tersebut telah disertai oleh para tetamu khas iaitu Yang Berhormat Tuan Soon Lip Chee, EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang bersama dengan para Olympian Negera Malaysia iaitu Encik Jeffrey Ong OLY, Encik Mohd Azheem Bahari OLY, Encik Jiwa Johan OLY serta Encik Harry Chai Heng Hua, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.