GEORGE TOWN – Individu yang mempunyai kreativiti menarik dijemput untuk menyertai pertandingan mencipta logo Penang Black Panthers.

Pertandingan tersebut dianjurkan sempena penyertaan kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Pulau Pinang ke temasya dwi tahunan tersebut di Johor pada April 2021.

“Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk mencipta logo dan maskot baharu kontinjen Pulau Pinang ke SUKMA bagi menunjukkan imej Pulau Pinang yang lebih dikenali dengan gelaran Harimau Kumbang.

“Selain itu juga, ia dapat memberi peluang kepada rakyat Pulau Pinang dan rakyat Malaysia untuk mengemukakan idea yang lebih kreatif kepada Pulau Pinang,” ujar Lip Chee dalam satu sidang media Komtar tengah hari tadi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lancang, Ong Ah Teong; ADUN Batu Uban, A. Kumaresan dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) Harry Chai Heng Hua.

Hanya satu ciptaan logo sahaja akan dipilih sebagai pemenang dan pemenang akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 bersama sijil pengiktirafan.

Borang penyertaan boleh diperolehi dari laman sesawang MSNPP di http://msnpp.gov.my atau di Facebook Penang State Sports Council.

Heng Hua dalam pada itu menyatakan logo dan slogan yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik MSNPP dan tertakluk kepada badan sukan itu sekiranya ingin melakukan pindaan bersesuaian.

Tarikh tutup penyertaan tersebut adalah sebelum 15 November 2020 (Ahad).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 04-6505136 atau 0194944460.

Source: Buletin Mutiara

https://www.buletinmutiara.com/cipta-logo-black-panthers-dan-menang-rm1000/?fbclid=IwAR1PVNKfve0JqK0mqSIG-K0CzXKWhvBjWwhgsu4Zt-bqadCROzbDsK6zapk