Apakah itu Bola Sepak?

Bola sepak ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia, yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap-tiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Bola sepak dimainkan dalam padang yang berbentuk segi empat tepat, di atas rumput atau rumput sintetik. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA (Federation International Football Association), atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa. Pada awamnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan di dalam wilayah golnya. Manakala, 10 (sepuluh) pemain lainnya hanya diizinkan untuk menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, biasanya dengan kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang menjaringkan gol lebih banyak pada akhir perlawanan ialah pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir masih berakhir siri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa ataupun tendangan penalty, bergantung daripada format penganjuran kejohanan.