Apakah itu Wushu?

Sukan Wushu merupakan sukan yang berasal dari Negara China. Sukan Wushu mempunyai banyak gaya beraksi dan juga banyak aliran yang berlainan. Antaranya TaoLu, Bersenjata Pendek, Bersenjata Panjang, Tradisional dan lain-lain. Gaya-gaya ini sering dikelaskan mengikut sifat yang dikongsinya Contoh sifat-sifat tersebut termasuklah latihan fizikal melibatkan ajukan haiwan, atau kaedah latihan yang diilhamkan agama, legenda dan falsafah China. Gaya yang memfokus pada manipulasi qi dipanggil dalaman, manakala yang menumpukan pembinaan otot dan kesihatan kardiovaskular dipanggil luaran.