Apakah itu Bola Baling?

Bola baling merupakan gabungan beberapa kemahiran asas bola jaring, bola keranjang dan bola sepak. Permainan ini mulai mendapatkan pengiktirafan antarabangsa sebagai satu permainan yang diminati. Dari segi popularity, bola baling sudah menjadi permainan yang standing dengan permainan-permainan lain. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 7 orang pemain termasuk seorang penjaga gol yang akan berada di dalam gelanggang. Pemain simpanan boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila-bila masa.