Apakah itu Olimpik?

Sambutan Hari Olimpik yang pertama telah berlangsung pada 23 Jun 1948 dan disertai oleh 9 negara pada masa itu. Setiap tahun, setiap ahli jawatankuasa Olimpik (National Olympic Committees) akan membuat sambutan pada hari tersebut untuk mendedahkan kesedaran dan nilai-nilai kesukanan Olimpik kepada masyarakat di seluruh dunia. Hari Olimpik Sedunia bertujuan untuk membangun dan menggerakan semangat Olimpik dan meneroka keseronokan sukan baru. Berdasarkan 3 tonggak yang dilaksanakan oleh pengerakan sukan iaitu Bergerak, Belajar dan Explorasi, setiap ahli jawatankuasa Olimpik akan bertanggungjawab penganjuran sukan, kebudayaan sukan dan pendidikan sukan di seluruh dunia.

Apakah itu Karnival Olimpik Pulau Pinang?

Penganjuran Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019 telah menarik sejumlah lebih kurang 12 ribu penyertaan dari seluruh Malaysia. Karnival Olimpik ini berlangsung selama 2 minggu dan aktiviti kemuncak adalah Olympic Day Family Fun Walk 5km. Tambahan pula, penganjuran Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019 diistirafkan oleh Majlis Olimpik Malaysia merupakan penganjuran Sambutan Hari Olimpik Sedunia yang paling Berjaya sejak tahun 1991.

Aktiviti-aktiviti: Bola Tampar, Tenpin Bowling, Badminton, Sepak Takraw, Family Fun Walk