Apakah itu Bola Jaring?

Permainan bola jarring merupakan salah satu permainan yang dianggap popular dalam kalangan kaum wanita di Malaysia. Bola jarring menjadi permainan pilihan bagi pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan institut pengajian tinggi. Cara-cara permainan ini boleh diubah mengikut kesesuian kebolehan pemain dan bilangan pemain dalam setiap pasukan. Pengiraan skor dilakukan setiap kali bola dimasukkan ke dalam jaring. Permainan ini secara rasmi dinamakan bola jaring apabila gol yang berbentuk gelung besi ditukar kepada jaring.