Apakah itu Catur?

Catur merupakan permainan yang popular di dunia; ia menggambarkan bukan sahaja satu permainan tetapi juga satu seni dan satu sains. Kadangkala, catur dilihat sebagai permainan perang yang abstrak kerana ia boleh dilihat daripada perspektif “seni mempertahankan diri” menggunakan minda. Jadi, menguji minda dan meningkatkan keupayaan adalah antara aspek penting yang ditekankan dalam aspek pembelajaran dan catur. Terdapat pelbagai variasi permainan catur dimainkan di seluruh dunia. Contohnya, Shogi di Jepun, Janggi di Korea, Xiangqi di China dan banyak lagi. Walaupun permainan catur dianggap sukar bagi sesetengah orang, jika bersungguh-sungguh, tiada masalah untuk mempelajari tekniknya.